Currency
 
Brands
 
Shopping Cart
0 items
 
Papan Nota
 

+Siapa eSastera Enterprise?

eSastera Enterprise (EE) ialah syarikat yang memiliki portal e-sastera.com, iaitu portal sastera Melayu terulung pada masa kini.  Portal ini beroperasi sejak 2002 dan mengeluarkan anugerah tahunan berjenama Hadiah eSastera.com (HesCom) bagi karya terbaik yang disiarkan di portal itu untuk sesuatu tahun. Anugerah itu mula dikeluarkan pada tahun 2003 dan merupakan satu-satunya anugerah yang dikeluarkan di Malaysia untuk karya sastera yang diterbitkan di internet. Mulai 2011, anugerah itu dikeluarkan oleh Persatuan E-Sastera Malaysia (E-SASTERA), sebuah persatuan peringkat nasional yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Aktiviti lain EE ialah menerbit buku dan majalah (eSastera Majalah).  Di samping itu, EE juga mengadakan kursus dari semasa ke semasa. Dua kursus utama yang dijalankannya selama ini ialah Akademi Sastera Siber (Akses) dan Program Kemahiran Sastera dan ICT (Proksi).

EE juga menjalankan kegiatan sastera secara off-line dengan kerjasama E-SASTERA.

EE mempunyai kepentingan secara tak langsung dalam syarikat eSastera Events, sebuah syarikat pengurus acara, dan syarikat eSastera Records yang menguruskan persembahan dan rakaman Grup Lagu Puisi eSastera (GLP eSastera).

(ATAS): GLP eSastera sedang mendendangkan lagu puisi ciptaannya "Melegakan Hakikat" (puisi oleh Ariff Muhammad) di UPSI pada Februari 2012. [Vokalis: Ilya dan Hijaz; keyboard: Nazif; Gitar: Khairi]

 

BUTIR-BUTIR SYARIKAT EE:

No. 001470857-K
Alamat: 96 Jalan 7/71B, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
Akaun Bank:
    CIMB
    Nama:  Esastera Enterprise
    No. Akaun: 1421-0008623-05-4

URL: EsasteraEnterprise.com